Isnin, 9 Disember 2013

lepas spm

assalammualaikum saudara sekalian.. semoga kalian happy selalu..:)

lama giloss aku tak update blog. ye kenapa? sebab aku kekeringan idea,fikir spm(tak tera mana pun,, main je banyak) hee..:)

sekarang bermulalah lembaran baru dalam hidup aku. now aku kena pandai bawak diri,kena pandai pilih hala tuju n so on.
but this time, aku rindu sekolah aku sangat-2! ye sangat! even dulu kemain nak habis cepat spm bagai.. nahh! hamik kau.. rindu k rindu sekolah aku.

hee..:) malas nak naip pepanjanggg... k assalammualaikum..! see next time.

Jumaat, 7 Jun 2013

grrr!!! suprise!


Assalamualaikum readers..:) okeh! Hari ni aku nak cerita satu kejadian.kejadian yang amat bermacam-2 aku rasa like takut+resah+best=taktahulah^^..ngeee~~
Okeh! Agak-2 cerita pasal ape ye? Surprise! Hahaha…J

Ceritanya bermula pada 5 jun 2013,,nguaaaa^----^.okeh(banyak oke lah pulakkan.naik bosan aku nak membacanya) aku dalam perjalanan pulang dari pasir puteh,kelantan.before that kereta aku oke je,
Last-2 sampai jeli kereta aku tetiba meragam! Korang taw ape jadi? Temperature kereta naik! Oh no! then kereta aku suddenly stop.hah sudah! Apa yang malang ialah kereta aku stop kat tengah-2  highway korang.dahlah cuaca panas n as u know,,kat tengah-2 highway mana ada rumah or orang melainkan kereta lalu-lalang,,ada yang nak tolong? Memang susahlahkan? Tapi berkat doa ada je kereta stop bantu kami,,no! dia tak bantu pun,even dia pun taktaw nak buat apa just asking what happen kan.tapi aku rasa dah cukup baik la kan! Semoga Allah membalas jasa baik dia. Amin! Then,a few minutes ago,,ade towing datang,KEBETULAN! Subhanallah..:) Allah selalu dengar rintihan hambaNya..:)

Oke kemuncaknya ialah apabila kereta aku naik atas lori tu dan korang taw yang aku,mama n adik aku naik kereta tu..oke korang bayangkan,,yang tak takut takpe la,,yang takut macam aku nie? Ya Allah,,perasaan aku time tu Allah je tahu tahu,,sampai menitis air mata aku,,dahlah ada gaung,,akhirnya aku selamat ke grik,,satu lagi pertolongan Allah ialah ada dua orang budak muda ,mekanik la,,tolong kami,,korang budak ni memang seriously baik tersangat-2.sampai suruh kami sekeluarga tumpang umah dia kalau kereta belom siap..then,,sebelah kedai mekanik ada la kedai frozen,,time tu kami tak solat zuhur lagi,,mujurlah kat kedai tu ada bilik untuk solat..Alhamdulillah,,Allah permudahkan sekali lagi,,then kami tunggu sampai kereta siap,,Alhamdulillah,,kereta kami siap pada pukul 4.30,,pastu kami pun meneruskan perjalanan pulang,,Alhamdulillah kami selamat sampai pukul 8.00,,




 P/s =korang,aku nak pesan satu je,,kalau apa-2 jadi kat korang baca lah ayatul kursi sebanyak-2nya.bergantung haraplah pada Allah..:)

Khamis, 28 Mac 2013

kenapa ini berlaku?

Assalammualaikum..:)

Dulu aku pernah cakap yang aku taknak fail BAHASA INGGERIS atau erti kata lain ENGLISH LANGGUAGE*betul tak aku eja?*seumur hidup aku..tengok,,sekarang ape jadi?  i have been failed for the month test! waaaaaaaaaaaaaaa..orang cakap month test je pun..no..!       importants for me..takthu lah kenape..tapi walau bagaimanapun aku kena redha..mugkin ini ujian dariNya..kan?
          kegagalan ialah kejayaan tertunda,,so klu uolls semua nasib seperti aku,,sabar lah..muhasabah diri
          mungkin selama ni uolls ade riak ke belagak ke memperlekehkan orang ke? check diri anda..kadang-
          kadang apabila kita berada di atas kita lupa..biaselah manusia mudah lupa..hikhikhik...:)

          so uolls,,ade mse lagi mungkin untuk giatkan usaha..jangan putus asa,,Allah tak suka taw..usaha
          sampai dapat ye...erm...macam tu lah...baru shanntekkkk!*peace sambil buat muka sweettt*
p/s:kepada calon SPM 2013 usaha sampai berjaya..kita adalah modal negara..:)
       
          thank u for reading.,,,im really appriciate that!

Jumaat, 7 Disember 2012

4 abudaud in memories..:)

hehe..hai?(melambai tangan)
Assalammualikum semua bertemu kembali kita dalam segmen...chup!
alahai..nak jadi pengacara ke zuzu?aha! boleh jugak..:)
 oke semua orang ade kawan-2 rite? begitu juga dengan aku..tapi aku bukan nak story bout my gang but gonna tel u bout 4ABUDAUD.ape tu 4 abu daud..? hah..meh sini dekatkan telinga..
4 abu daud tu kelas aku kat sekolah..(nada berbisik) hehe..fyi,cikgu-2 manyak pusing sama ini kelas..biasalah kami kan?baru nak besau! ngeh-3

oke-2..apepun kelas ni da best! btw korang,,guru kelas nie begitu happening+pening dengan telatah kami..:)
oke yang mne guru kelas kiteorang? cube teka??
hahaha..:)
yang pakai baju koko sebelah baju oren tu..:)
still young kan?
hok lain tu classmates aku...:)
time nie waktu kiteorang berbuka puasa dulu..
tapi ku tak pegi pun..:)
kalau korang nak tahu..kelas kami ni aktif taw.selalu organise aktiviti..tapi satu pun aku tak ikut..hehehe..:)
kawan-2 jangan marah ea...masa tak mengizinkan...
inilah bebudak kelas aku..semuanya 33 orang..:) just only 10 boys students..selebinya korang hitunglah sendiri..kenape llki siket?
sebab ni kelas number satu..:) tapi tak bermaksud kami semua pandai..:)
jap nak tunjuk kat korang ketua kelas n penolong ketu kelas pulak ea..tunggu taw..

oke...seperti tertera his name hakim asmadi..:)
now nak kasi tunjuk penolongnya pula ye.. yang sebelah kiri..sebelah kanan tu..madihah,,:)
diarong ni very closes..hehe..:)





hurm..ini je kot yang boleh aku story-2 kat korang..yang lain tgk gambar je lah ea..:)



Selasa, 27 November 2012

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKANKU:)

assalammualaikum..:)
pasti segelintir pernah merasa kecewa kerana cinta bukan?
usah menangis.,kadang-2 ALLAH tak beri apa yang kita mahu..namun ALLAH beri apa yang kita perlukan?
mana lebih indah?
SUBHANALLAH!
indah sungguh aturan ALLAH kan untuk kita...?


"Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum..."
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
*****
"Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat" kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
"Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit", tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
"Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku". Mendatar suara amir.
"Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?".
"Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah". 
"Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia". 
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
"Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya "
Air mataku kembali berguguran.
"Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia 'datang' lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?". Panjang lebar Amir mengingatkan.
"Ish, tahulah. Mestilah Allah"
"Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?", sambung Amir lagi.
"Of course lah pencipta kita, Allah"
"Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?"
"Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan.."
"Haa.. sekarang kau sedar tak?". Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
"sedar dah.."
"Ape yang kau sedar?"
"Aku sedar semuanya datang dari Allah.."
"lagi?" soal amir lagi..
"lagi apa?". Sengaja ku bertanya pada Amir.
"Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri"
"Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni"
" Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?"
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
"InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah". Amir senyum.
"Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa...". Aku nekad!
"Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai.."
"InsyaAllah.."
*****
Alhamdulillah... kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, 'Allah buat sesuatu untuk sesuatu'. kini baru kurasai 'sesuatu' yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
"Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someoneyang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi.." – Fana
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta