Selasa, 28 Oktober 2014

3 hal yang tak boleh kembali dalam hidup .

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :         
          1. Waktu          
          2. Kata-kata      
          3. Kesempatan        
         
 Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :         
          1. Kemarahan      
          2. Keangkuhan       
          3. Dendam   
         
 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :       
          1. Harapan         
          2. Keikhlasan         
          3. Kejujuran         
         
 Ada 3 Hal yg paling berharga :         
          1. Kasih Sayang ..         
          2. Cinta          
          3. Kebaikan         
         
 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :         
          1. Kekayaan       
          2. Kejayaan          
          3. Mimpi          
         
 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :         
          1. Komitmen         
          2. Ketulusan         
          3. Kerja keras        
         
 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad         
          2. Kemahuan         
          3. Fokus
         
 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
         1. Rezeki ..         
          2. Umur        
          3. Jodoh          
         
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :     
          1. Tua          
          2. Sakit          
          3. Kematian.  
         
Ya Allah, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..         
         
Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati  

C/P whatapps group :D

40 pelajaran dari Nabi Muhammad saw

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingatkan mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
--------------------------- 

C/P whatapps group

Dan kerana kenangan itu

Bila di sebut tentang sekolah . Apa yang antum semua fikir ?
Kawan kawan
Kelas
Jadual waktu pack dari pagi sampai tengahari petang sambung koko kalau takde koko sambung kelas tambahan sampai lewat petang
*Tarik nafas dalam dalam*
sampai ruma tak sempat makan kene sambung buat homework kerja kursus projek kemas buku iron baju untuk esok kadang kadang tivi dekat ruang tamu pun tak sempat pandang .
Bz kalah pengetua sekolah
Hahahaha . Okay tak lawak .
Balik pada topic .
Apa yang antum semua rindu dekat sekolah ?
Cikgu yang penyayang ?
Crush yang comel ?
Homework yang menggunung ?
aktiviti sukan yang antum juarai ?
tarik nafas .
Lepas .
Memang antum semua rindu perkara seronok zaman sekolah .
Tapi
Ada satu lagi perkara yang antum rindu .
Tapi
Antum tak perasan .
Mungkin .
Antum rindu
Akan
Tarbiyah .
Ya .
Tarbiyah dari seorang guru
tarbiyah dari sahabat soleh wa musleh dari kalangan antum
Tarbiyah dari suasana sekolah antum .
Semua tu .
Yang antum rindu sebenarnya.
Bila terkenang apa yang antum dah buat dulu .
Dengan apa yang antum ada sekarang,,
Mesti antum tersenyum.
Tersenyum gembira .
Rindu akan tarbiyah itu .
Masa seperti itu .
Takkan dapat di ulang .
mungkin guru guru mualim wa mualimmah ustaz wa ustazah antum ada yang dah di jemput ilahi .
Hasil didikkan mereka,
Antum sudah berjaya .
Alhamdulillah .
Alhamdulillah .
Alhamdulillah .
Balas lah jasa mereka .
Bagaimana ?
Al fatihah untuk mereka .
Setiap kali selepas solat .
Alhamdulillah . Pahala di kirim .
Al fatihah buka hanya untuk orang yang sudah menghadap ilahi ya .
Hasil didikan
Hasil tarbiyah
Antum berjaya menjadi seorang yang
soleh
Solehah
Alhamdulillah .
Moga tarbiyah yang selama ini diperoleh
Tidak disia kan .
Insya Allah . Jazakumullahu khoiran kathiran ya mualim wa mualimmah .

By : en. Pencil 
c/p whatapps group ;D

Selasa, 21 Oktober 2014

Freedom

Assalammualaikum sayang Sayang
Semoga anda semua didalam kedaan yang gembira lagi happy :D

Hari nie 21 oktober 2014 . tamatlah peperiksaan yang amat besar.  Yaa ..besar sangat laa kann . okey serious . hari tamatlah peperiksaan sijil tinggi agama malaysia (STAM) dengan jayanya . wuu ..tepuk tangan sikit !

Maka tamatlah aku sebagai seorang pelajar sekolah secara tidak rasminya . so sad awak tahu ?

Tahun ni tahun last aku sekolah . how sad . rasa macam nak ulang balik . serious talk . even suasana ipta or else lebih seronok tapi sekolah most seronok .

Tahun neh beza dari tahun sebelom ini . hmm . berbeza sangat . rasa bahagia:D . I wish to be happy .
Stop here.  Nanti aku sambung cerita best . dah lewat sangat neh . mau tidur duluan . Assalammualaikum dunia .

Khamis, 25 September 2014

Penghujung : D

Assalammualaikum :D
Apa khabar semua . lama betul aku menghilangkan diri kan ? Yaa . Itu tahuu
Kenapa aku menghilang itu rahsia . kehkehkeh

Selama beberapa bulan aku menghilang ada beberapa situasi berlaku kat aku . ada yang sedih , ada yg gembira dan semua rasa ada . hmm . Itulah kehidupan .

Betapa kita kena kuat . yes ! Qowiy dalam bhs arab kuat . yeah ! Kena kuat :D . tambah senyum sikit . sebab semua org tahu . Allah uji tu tanda dia Sayang . yaa ..sangat sayang !

Ingat ! Kat depan sana kebahagian ada sedang menunggu . sabar aja !

Admit it . kekadang aku jugak lumpuh ketika mengharungi liku-2 . sebab aku juga manusia . serba kekurangan pulak tuu . Itu sebab Allah dah kata dalam Alquran bahawa Allah tuu dekat sangat .

Seperti Allah dalam kalam sucinya dalam surah Al baqarah ayat 186 .
"Dan apabila hambaku bertanya kepada kamu ttg aku maka jawablah bahawasanya aku adalah dekat"

Sekian.. ikhlas dari Zuhaswani zulkifli
Sekadar renungan : D

Sabtu, 24 Mei 2014

Allah tidak pernah jauh .

hai hai haiii ..*siapa?* awaklahh . yang usha blog zuu nehh . hikhik

Assalammualaikum semua .semoga yang meng'usha' blog anti ini diberkati hidupnya, bahagia selalu,
semoga ditabahkan hati dalam menghadapi liku-liku kehidupan .
keep smilling . smile is sunnah . ingat yee , Allah takkan uji hambaNya kalau hambanYa tak mampu ..
Allah uji tanda sayang . Bersyukur saat di uji . Allah itu dekat . Ya ! dekat sangat :)

Firman Allah SWT: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Ku (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat pentunjuk.
(Al-Baqarah:186)

see? itu buktinya . jadi sebagai umat islam yang somel-somel neh kita mesti selalu ingat for every sec and step that Allah near to us :)

bila kita ada masalah rujuklah Allah . bangun tahajud , ngadu kat dia . Anything ! Indeed , Allah maha mendengar , tapi sebagai manusia yang hidup sesama manusia tak dinafikan yang kita lebih mencari manusia when we got some problem . Aku pun pernah macam tu . Allah Allah Allah :'(

Lupa yang Allah lebih mengetahui . tak salah nak kongsi sesama manusia sebab terkadang Allah hadir seseorang masa tu untuk dengar luahan hati kita , give support,advice dan sebagainya . 

sometimes kita terlupa Allah tu ada dekat dengan kita . biasalah manusia .. Aku pun tersasar jugak . Hakikat manusia memang begitu. Mudah lupa bila diri dalam kesenangan. 


oleh itu, selalu ingat DIA . DIA yang menciptakan kita . DIA tahu apa yang terbaik buat kita 


Allahu Rabb 


#sambil baca post neh pergi utube dengar lagu kiss the rain :) hihi


                                                                                                   yang amat menyayangi,
                                                                                                   -Ain El Zahra Zulkifli-
                                                                                                    (zuhaswanizulkifli)

Selasa, 25 Mac 2014

Allah adalah perancang terbaik :D

Assalammualaikum antum semua .. :)
di harap dalam sihat dan iman yang mantap hendaknya . Ameen .. :)

aku ada satu benda yang nak share dengan uolss . actually benda nie hampir semua orang hadapi . ye lahh . cinta itu fitrah . okey first of all . aduh .. macam mana nak start ,. okey macam nie . seperti sedia maklum setiap daripada kita ada crush lah admirer lah teman tapi mesra . dan yang pasti diorang semua tu adalah berlainan jantina dengan kita .

okey , ditakdirkan si dia tu ,tetiba senyap tanpa berita , ataupun dia macam layan tak layan je kita . of kos kita macam confused . eh dia nie dah kenapa kann . ? okeyy ,, relax semua .. jangan gelabah dan sepatutnya bersyukur . mungkin tu tarbiyah dari Allah untuk kita .

Allah sayangkan hambaNya . sangat . Allah nak selamatkan kita dari perbuatan yang sia-2 mungkin . jadi , bersyukurlah . dan kalau kita sayang sangat kat dia . doa lah yang terbaik buat dia .
ingat kalau jodoh tak kemana . tak semestinya kalau kita kawan dengan dia bermaksud dia jodoh kita .

ingat kita merancang walakin Allah jua merancang . sebaik-2 perancang hanya Allah swt . . dari situ bermulalah tarbiyah hati . banyak libatkan aktiviti-2 agama yang dapat memantapkan iman serta rohani kita . ingat juga , lelaki baik untuk perempuan yang baik . maka persiapkanlah diri buat adam yang menanti .

husnuzdon !

#jom tutup aurat dengan sempurna!

Sabtu, 8 Mac 2014

imtihan semakin dekat semakin malas

assalammualaikum .

harap anda semua sihat . harap anda semua tabah dengan ujianNya . Ingat bahawa ujian itu merupakan tarbiah dariNya untuk kita yang DIA sayang ! INGAT .

imtihan semakin dekat walaupun taktau tarikh sebenar . for sure minggu depan . mana takut pun kan ?
hikhik . akan tetapiii ... ??? tetapiii ... malas nak mentela'ah .. Allah .. Awat segan sangat nieee ??
tamau-2 .. mungkin aja takde teman untuk meneman kali ? kehkehkeh . itu alasan orang pemalas . lahaiii

Isnin, 27 Januari 2014

semoga dia tenang disana .. :)

assalammualaikum penduduk muka bumi sekalian . semoga dirahmati selalu .

cuba tengok tajuk? agak aku nak story apa? kalau betul aku belanja cool blog . ahakss!
okey mengarut kat situ . lets to the point . 

yang sebenarnya aku nak cerita sebuah cerita yang amat menyentuh . Allahu Rabbi . kisah hafizah yang meninggal . sakit apa aku tak sure . rasanya migrain yang terlalu teruk . ustazah aku kat sekolah yang cerita .

dia ada dua orang anak . yang sulung umur 4 tahun dan yang kedua berumur 7 bulan . masih menyusu badan lagi . Allah .. kesian dia . kecik lagi .

semasa dia meninggal tu dia sempat takbir kemudian dia sendiri yang meletakkan kedua belah tangan dia di perut . sungguh ajaib . 

okey . yang paling sedih ialah apabila abi kepada anak-2nya berkata . "ummi jd princess hari ni . dia dh pergi rumah baru kat syurga " Allah ..

sekarang anaknya yang kedua disusukan oleh ibu lain . seperti halimatus saadiah .

okey . setakat nie je yang mampu aku kongsi . semoga dia tenang disana . kata ustazah orang baik-2 Allah nak jaga . sebab tu Allah amik dia .

#inginku sepertinya .. :)

Al fatihah buat beliau .

Selasa, 14 Januari 2014

salam maulud nabi 1435 h .. :)

assalammualaikum semua . harap korang baik-2 saje ye .

hari neh ialah hari lahirnya idola kita iaitu Rasullulah saw . so , aku nak kongsi serba sikit pasal idola kita neh okey ?

§ NAMA: 
- MUHAMMAD BIN ABDULLAH -

BAPA: 
ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM BIN ABD. MANAF BIN QUSAY BIN KILAB BIN MURRAH

IBU:  
AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB BIN MURRAH

NENEK ( SEBELAH BAPA ): 
FATIMAH BINTI UMAR AL-MAKHZUMIYAH

NENEK ( SEBELAH IBU ): 
BURRAH BINTI ABDUL UZZA BIN USMAN BIN ABDUL DAR BIN QUSAY BIN MURRAH

TARIKH LAHIR: 
ISNIN SEBELUM TERBIT MATAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 53 SEBELUM HIJRAH 570 MASIHI 

TEMPAT LAHIR: 
MAKKAH AL- MUKARAMAH BERHAMPIRAN BUKIT SOFA ( RUMAH ABU TALIB )

TARIKH DIANGKAT MENJADI NABI:
27 RAMADHAN, TAHUN KE 13 SEBELUM HIJRAH/609 MASIHI ( GUA HIRA’ ) MAKKAH AL- MUKARAMAH

UMUR KETIKA DIANGKAT MENJADI NABI:
40 TAHUN

WAFAT: 
ISNIN SEBELUM TENGAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 11 HIJRAH/632MASIHI DI MADINA


JANTINA: 
PENGHULU LELAKI

AGAMA: 
PENGHULU AGAMA ISLAM

ALAMAT: 
MAKKAH AL-MUKARAMAH,KEMUDIAN HIJRAH KE MADINAH AL-MUNAWARRAH (MASJID NABI)

PEKERJAAN: 
1) PENGEMBALA KAMBING 
2) BERNIAGA ( SEHINGGA BERUMUR 40 TAHUN ) 
3) BERTUGAS SECARA RESMI SEBAGAI NABI/RASUL ( MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH )

TANDA ISTIMEWA: 
1) COP KENABIAN DIANTARA 2 BAHU 
2) SENTIASA DI NAUNGI OLEH BAYANGAN AWAN KEMANA SAHAJA BAGINDA PERGI

SIFAT:  
WAJAH PUTIH BERSIH BERSERI/BERCAHAYA, MATA HITAM, RANBUT HITAM, KETINGGIAN SEDERHANA DAN DADA BIDANG

4 SIFAT-SIFAT TERPUJI: 
1) SIDDIQ -BERKATA BENAR
2) AMANAH- BOLEH DIPERCAYAI
3) TABLIGH- PENYAMPAI AJARAN ISLAM
4) FATANAH- BIJAKSANA

KEISTIMEWAAN: 
PEMBAWA RAHMAT SEKELIAN ALAM

WARNA KEGEMARAN: 
HIJAU, HITAM, MERAH DAN PUTIH

 MAKANAN KEGEMARAN: 
KURMA, BALI, BUAH TIN & ANGGUR

SUKAN KEGEMARAN:
MENUNGGANG KUDA, MEMANAH & BERENANG


 PEPERANGAN YANG DISERTAI:
1) PERANG BADAR
2) PERANG UHUD
3) PERANG BANI NADHIR
4) PERANG KHANDAK
5) PERANG BANI QURAZHAH
6) PERANG KHAIBAR
7) PERANG FATHU MAKKAH
8) PERANG HUDAIBIYYAH
9) PERANG TABUK

NAMA BIDAN:  
SHIFA BINTI AUF ( UMMU ABD.RAHMAN )

NAMA PENJAGA: 
UMMU AIMAN

NAMA PENYUSU: 
1) TSUWAIBAH AL-ASLAMIAH 
2) HALIMAH BINTI DZUAIB AS-SAADIAH

SAUDARA SESUSUAN: DARIPADA TSUWAIBAH:
1) ABDULLAH BIN JAHAY
2) HAMZAH BIN ABD. MUTALIB 
3) ABU SALAMAH BIN ABD. ASAD 
4) MASRUH BIN TSUWAIBAH ( DARIPADA HALIMAH ):
  1) ABDULLAH BIN AL-HARITH 
2) ANISAH BINTI AL-HARITH 
3) HUZAIFAH BIN AL-HARITH

 BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
 (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

BAPA SAUDARA:
1) AL-HARITH
2) MUQAWWAM
3) HAMZAH *
4) AL-ABBAS *
5) ABU TALIB
6) ABU LAHAB (ABDUL UZZA)
7) ABDUL KAABAH
8) HIJL
9) ZIRAR
10) GHAIDAQ

IBU SAUDARA:
1) UMAIMAH
2) ATIKAH #
3) ARWA #
4)
 UMAIMAH
5) BARRAH
6) 
AL-BIDHA (UMMU HAKIM)
7) SAFIAH *

 
* Sempat masuk Islam.
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

12 ISTERI – ISTERI RASULLULLAH:
  • SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.H
  • SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
  • AISHAH BINTI ABU BAKAR R.H
  • HAFSAH BINTI UMAR R.H
  • ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
  • UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H
  • ZAINAB BINTI JAHSY R.H
  • JUWAIRIAH BINTI AL-HARITH R.H
  • SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
  • UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H
  • MAIMUNAH BINTI AL-HARITH R.H
  • MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
7 ANAK-ANAK RASULULLAH:
  • AL-QOSIM R.A
  • ABDULLAH R.A
  • IBRAHIM R.A
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • FATIMAH R.H
10 CUCU-CUCU RASULULLAH:
  • ALI R.A
  • ABDULLAH R.A
  • AL –HASSAN R.A
  • AL-HUSAIN R.A
  • YAHYA R.A
  • MUHAMMAD R.A
  • UMAMAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
BINATANG KESAYANGAN NABI:
  • 4 EKOR KALDAI( KELDAI KESAYANGAN RASULULLAH BERNAMA DUL- DUL)
  • 20 EKOR UNTA ( UNTA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA ATBA )
  • 20 EKOR KUDA ( KUDA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA YA’AFUR )


*neh aku kopi n pasta aje .. :) untuk kita kongsi sesame ye ? semuga bermanfaat .


Jumaat, 10 Januari 2014

seminggu sudah berlalu . apa kesudahan?

Assalammualaikum semua .. :)

dah hampir seminggu aku sekolah . hmm .. apa dah jadi?everything is going be okey ! semua berjalan dengan lancar dan baik sekali . betul lah kata orang perancangan Allah tu lebih baik . dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya .

kata ustaz kat sekolah ,, kami semua Allah pilih untuk tuntut ilmu agama neh . Alhamdulillah . aku bersyukur sebab aku dipilih olehNya .

apa yang bestnya ,, bestie aku dapat masuk stam . Allahu rabb! indeed . dia tak rancang pun . ye laa .. dulu check dapat masuk plkn , then check balik , nama takde dalam senarai pulak . dari situ dia tergerak hati untuk sambung stam . mujur dia diterima . heee ..:)

subjek stam agak susah sikit . yup! agaklah .. tapi bila fikir balik takde susah mana pun . cuma subjeknya dalam bahasa arab ,, perlu menguasaan yang lebih tentang ini . insyaAllah ,, dengan izinYa aku akan teruskan stam sampai habis . lagipun diploma kan . hee .. nanti muda-2 dah boleh kerja . cari rezeki . boleh juga kahwin awai .. hee .:) *gatal sebentar.

so, kita jumpa pada next post eh ? assalammualaikum . jum p ngaji , tak ngaji ceroii aahhh!

Khamis, 2 Januari 2014

keliru . acaner?

assalammualaikum ... dan salam jumaat.!

betul lah kata parajurit sekalian.. eh parajurit? ehh bukan parajurit . betullah kata cendiakawan sekalian.. hidup dewasa tak seindah hidup kanak-2. kini baru ku sedari bahawa hidup tak selalunya indah. acewaahh!
termerapu.

since umur aku dah masuk 18 tahun neh . nope . 18 tahun tak rasmi neh . dah macam-2 benda yang memerlukan aku untuk decide myself and stands on my feets. satu keputusan yang tak boleh orang tolong decide kat aku sebab ia melibatkan masa depan . ya ! my futher . if not it become deem. ahaks!

actually ,, im just get an offer to continue my study as a STAM student . and i definetely sure that tak semua orang taw apa itu STAM rite? STAM tu siijil tinggi agama malaysia. sebarang kemusykilan seacrh kat google ekk..? aku juga dah temuduga bagai . at last aku dapat . pastu?

entahlahh.. perasaan bercampur baur.. dah jadi ais kacang pun. tapi tak semanis ais kacang . hurmm . sad sebentar . aku tiba-2 rasa down and tak boleh nak teruskan semua neh . tak boleh . yee .. kata orang stam neh jimat segalanya-2 tapi entah entah entah.. kenapa kenapa kenapa .

Ada orang cakap lagi . cuba dulu . okey aku cuba dulu . dan mungkin aku rasa down sebab aku dah takde kawan rapat? yes ! tepat sekali . aku hanya sebatang kara . i need them.. so much!

dan mama abah jugak nak sangat aku melibatkan diri dalam bidang agama nehh .. katanya senang dapat kerja . bright chance . macam-3 . dan entah kenapa . aku teringin nak melibatkan diri dalam industri seni . entah kenapa .

And the last one ,, aku akan pergi jugak sekolah isnin neh . kita tengok apa yang jadi . doakan aku!

keep it up . smile . ahakss!