Sabtu, 24 Mei 2014

Allah tidak pernah jauh .

hai hai haiii ..*siapa?* awaklahh . yang usha blog zuu nehh . hikhik

Assalammualaikum semua .semoga yang meng'usha' blog anti ini diberkati hidupnya, bahagia selalu,
semoga ditabahkan hati dalam menghadapi liku-liku kehidupan .
keep smilling . smile is sunnah . ingat yee , Allah takkan uji hambaNya kalau hambanYa tak mampu ..
Allah uji tanda sayang . Bersyukur saat di uji . Allah itu dekat . Ya ! dekat sangat :)

Firman Allah SWT: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Ku (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat pentunjuk.
(Al-Baqarah:186)

see? itu buktinya . jadi sebagai umat islam yang somel-somel neh kita mesti selalu ingat for every sec and step that Allah near to us :)

bila kita ada masalah rujuklah Allah . bangun tahajud , ngadu kat dia . Anything ! Indeed , Allah maha mendengar , tapi sebagai manusia yang hidup sesama manusia tak dinafikan yang kita lebih mencari manusia when we got some problem . Aku pun pernah macam tu . Allah Allah Allah :'(

Lupa yang Allah lebih mengetahui . tak salah nak kongsi sesama manusia sebab terkadang Allah hadir seseorang masa tu untuk dengar luahan hati kita , give support,advice dan sebagainya . 

sometimes kita terlupa Allah tu ada dekat dengan kita . biasalah manusia .. Aku pun tersasar jugak . Hakikat manusia memang begitu. Mudah lupa bila diri dalam kesenangan. 


oleh itu, selalu ingat DIA . DIA yang menciptakan kita . DIA tahu apa yang terbaik buat kita 


Allahu Rabb 


#sambil baca post neh pergi utube dengar lagu kiss the rain :) hihi


                                                                                                   yang amat menyayangi,
                                                                                                   -Ain El Zahra Zulkifli-
                                                                                                    (zuhaswanizulkifli)

Selasa, 25 Mac 2014

Allah adalah perancang terbaik :D

Assalammualaikum antum semua .. :)
di harap dalam sihat dan iman yang mantap hendaknya . Ameen .. :)

aku ada satu benda yang nak share dengan uolss . actually benda nie hampir semua orang hadapi . ye lahh . cinta itu fitrah . okey first of all . aduh .. macam mana nak start ,. okey macam nie . seperti sedia maklum setiap daripada kita ada crush lah admirer lah teman tapi mesra . dan yang pasti diorang semua tu adalah berlainan jantina dengan kita .

okey , ditakdirkan si dia tu ,tetiba senyap tanpa berita , ataupun dia macam layan tak layan je kita . of kos kita macam confused . eh dia nie dah kenapa kann . ? okeyy ,, relax semua .. jangan gelabah dan sepatutnya bersyukur . mungkin tu tarbiyah dari Allah untuk kita .

Allah sayangkan hambaNya . sangat . Allah nak selamatkan kita dari perbuatan yang sia-2 mungkin . jadi , bersyukurlah . dan kalau kita sayang sangat kat dia . doa lah yang terbaik buat dia .
ingat kalau jodoh tak kemana . tak semestinya kalau kita kawan dengan dia bermaksud dia jodoh kita .

ingat kita merancang walakin Allah jua merancang . sebaik-2 perancang hanya Allah swt . . dari situ bermulalah tarbiyah hati . banyak libatkan aktiviti-2 agama yang dapat memantapkan iman serta rohani kita . ingat juga , lelaki baik untuk perempuan yang baik . maka persiapkanlah diri buat adam yang menanti .

husnuzdon !

#jom tutup aurat dengan sempurna!

Sabtu, 8 Mac 2014

imtihan semakin dekat semakin malas

assalammualaikum .

harap anda semua sihat . harap anda semua tabah dengan ujianNya . Ingat bahawa ujian itu merupakan tarbiah dariNya untuk kita yang DIA sayang ! INGAT .

imtihan semakin dekat walaupun taktau tarikh sebenar . for sure minggu depan . mana takut pun kan ?
hikhik . akan tetapiii ... ??? tetapiii ... malas nak mentela'ah .. Allah .. Awat segan sangat nieee ??
tamau-2 .. mungkin aja takde teman untuk meneman kali ? kehkehkeh . itu alasan orang pemalas . lahaiii

Isnin, 27 Januari 2014

semoga dia tenang disana .. :)

assalammualaikum penduduk muka bumi sekalian . semoga dirahmati selalu .

cuba tengok tajuk? agak aku nak story apa? kalau betul aku belanja cool blog . ahakss!
okey mengarut kat situ . lets to the point . 

yang sebenarnya aku nak cerita sebuah cerita yang amat menyentuh . Allahu Rabbi . kisah hafizah yang meninggal . sakit apa aku tak sure . rasanya migrain yang terlalu teruk . ustazah aku kat sekolah yang cerita .

dia ada dua orang anak . yang sulung umur 4 tahun dan yang kedua berumur 7 bulan . masih menyusu badan lagi . Allah .. kesian dia . kecik lagi .

semasa dia meninggal tu dia sempat takbir kemudian dia sendiri yang meletakkan kedua belah tangan dia di perut . sungguh ajaib . 

okey . yang paling sedih ialah apabila abi kepada anak-2nya berkata . "ummi jd princess hari ni . dia dh pergi rumah baru kat syurga " Allah ..

sekarang anaknya yang kedua disusukan oleh ibu lain . seperti halimatus saadiah .

okey . setakat nie je yang mampu aku kongsi . semoga dia tenang disana . kata ustazah orang baik-2 Allah nak jaga . sebab tu Allah amik dia .

#inginku sepertinya .. :)

Al fatihah buat beliau .

Selasa, 14 Januari 2014

salam maulud nabi 1435 h .. :)

assalammualaikum semua . harap korang baik-2 saje ye .

hari neh ialah hari lahirnya idola kita iaitu Rasullulah saw . so , aku nak kongsi serba sikit pasal idola kita neh okey ?

§ NAMA: 
- MUHAMMAD BIN ABDULLAH -

BAPA: 
ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM BIN ABD. MANAF BIN QUSAY BIN KILAB BIN MURRAH

IBU:  
AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB BIN MURRAH

NENEK ( SEBELAH BAPA ): 
FATIMAH BINTI UMAR AL-MAKHZUMIYAH

NENEK ( SEBELAH IBU ): 
BURRAH BINTI ABDUL UZZA BIN USMAN BIN ABDUL DAR BIN QUSAY BIN MURRAH

TARIKH LAHIR: 
ISNIN SEBELUM TERBIT MATAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 53 SEBELUM HIJRAH 570 MASIHI 

TEMPAT LAHIR: 
MAKKAH AL- MUKARAMAH BERHAMPIRAN BUKIT SOFA ( RUMAH ABU TALIB )

TARIKH DIANGKAT MENJADI NABI:
27 RAMADHAN, TAHUN KE 13 SEBELUM HIJRAH/609 MASIHI ( GUA HIRA’ ) MAKKAH AL- MUKARAMAH

UMUR KETIKA DIANGKAT MENJADI NABI:
40 TAHUN

WAFAT: 
ISNIN SEBELUM TENGAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 11 HIJRAH/632MASIHI DI MADINA


JANTINA: 
PENGHULU LELAKI

AGAMA: 
PENGHULU AGAMA ISLAM

ALAMAT: 
MAKKAH AL-MUKARAMAH,KEMUDIAN HIJRAH KE MADINAH AL-MUNAWARRAH (MASJID NABI)

PEKERJAAN: 
1) PENGEMBALA KAMBING 
2) BERNIAGA ( SEHINGGA BERUMUR 40 TAHUN ) 
3) BERTUGAS SECARA RESMI SEBAGAI NABI/RASUL ( MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH )

TANDA ISTIMEWA: 
1) COP KENABIAN DIANTARA 2 BAHU 
2) SENTIASA DI NAUNGI OLEH BAYANGAN AWAN KEMANA SAHAJA BAGINDA PERGI

SIFAT:  
WAJAH PUTIH BERSIH BERSERI/BERCAHAYA, MATA HITAM, RANBUT HITAM, KETINGGIAN SEDERHANA DAN DADA BIDANG

4 SIFAT-SIFAT TERPUJI: 
1) SIDDIQ -BERKATA BENAR
2) AMANAH- BOLEH DIPERCAYAI
3) TABLIGH- PENYAMPAI AJARAN ISLAM
4) FATANAH- BIJAKSANA

KEISTIMEWAAN: 
PEMBAWA RAHMAT SEKELIAN ALAM

WARNA KEGEMARAN: 
HIJAU, HITAM, MERAH DAN PUTIH

 MAKANAN KEGEMARAN: 
KURMA, BALI, BUAH TIN & ANGGUR

SUKAN KEGEMARAN:
MENUNGGANG KUDA, MEMANAH & BERENANG


 PEPERANGAN YANG DISERTAI:
1) PERANG BADAR
2) PERANG UHUD
3) PERANG BANI NADHIR
4) PERANG KHANDAK
5) PERANG BANI QURAZHAH
6) PERANG KHAIBAR
7) PERANG FATHU MAKKAH
8) PERANG HUDAIBIYYAH
9) PERANG TABUK

NAMA BIDAN:  
SHIFA BINTI AUF ( UMMU ABD.RAHMAN )

NAMA PENJAGA: 
UMMU AIMAN

NAMA PENYUSU: 
1) TSUWAIBAH AL-ASLAMIAH 
2) HALIMAH BINTI DZUAIB AS-SAADIAH

SAUDARA SESUSUAN: DARIPADA TSUWAIBAH:
1) ABDULLAH BIN JAHAY
2) HAMZAH BIN ABD. MUTALIB 
3) ABU SALAMAH BIN ABD. ASAD 
4) MASRUH BIN TSUWAIBAH ( DARIPADA HALIMAH ):
  1) ABDULLAH BIN AL-HARITH 
2) ANISAH BINTI AL-HARITH 
3) HUZAIFAH BIN AL-HARITH

 BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
 (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

BAPA SAUDARA:
1) AL-HARITH
2) MUQAWWAM
3) HAMZAH *
4) AL-ABBAS *
5) ABU TALIB
6) ABU LAHAB (ABDUL UZZA)
7) ABDUL KAABAH
8) HIJL
9) ZIRAR
10) GHAIDAQ

IBU SAUDARA:
1) UMAIMAH
2) ATIKAH #
3) ARWA #
4)
 UMAIMAH
5) BARRAH
6) 
AL-BIDHA (UMMU HAKIM)
7) SAFIAH *

 
* Sempat masuk Islam.
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

12 ISTERI – ISTERI RASULLULLAH:
  • SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.H
  • SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
  • AISHAH BINTI ABU BAKAR R.H
  • HAFSAH BINTI UMAR R.H
  • ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
  • UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H
  • ZAINAB BINTI JAHSY R.H
  • JUWAIRIAH BINTI AL-HARITH R.H
  • SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
  • UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H
  • MAIMUNAH BINTI AL-HARITH R.H
  • MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
7 ANAK-ANAK RASULULLAH:
  • AL-QOSIM R.A
  • ABDULLAH R.A
  • IBRAHIM R.A
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • FATIMAH R.H
10 CUCU-CUCU RASULULLAH:
  • ALI R.A
  • ABDULLAH R.A
  • AL –HASSAN R.A
  • AL-HUSAIN R.A
  • YAHYA R.A
  • MUHAMMAD R.A
  • UMAMAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
BINATANG KESAYANGAN NABI:
  • 4 EKOR KALDAI( KELDAI KESAYANGAN RASULULLAH BERNAMA DUL- DUL)
  • 20 EKOR UNTA ( UNTA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA ATBA )
  • 20 EKOR KUDA ( KUDA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA YA’AFUR )


*neh aku kopi n pasta aje .. :) untuk kita kongsi sesame ye ? semuga bermanfaat .